Isnin, 6 Julai 2015

AFRICAN GREY PARROT(Versi Bahasa Melayu/BM)

                           
Burung African Grey Parrot adalah terdiri dari spesies (psittaciade) boleh dijumpai di Barat atau Tengah Afrika.Ia adalah burung Kakaktua yang dianggap paling bijak diantara spesiesnya.Ia mempunyai ciri-ciri tersendiri iaitu seluruh badannya berwarna kelabu dan mempunyai warna putih di sekitar matanya.


Terdapat 2 spesies yang diketahui wujud dan ianya ialah:Congo dan Timneh African Grey.Ada perbezaan yang ketara antara Congo African Grey dengan Timneh African Grey.Congo African Grey mempunyai ekor yang berwarna merah manakala Timneh African Grey berwarna Kelabu putih.Congo African Grey dapat ditemui di Kenya,Congo,Tanzania,Angola dan Ivory Coast manakala Timneh African Grey dapat ditemui di Barat Afrika,Guinea -Bissau,Ivory Coast dan Mali.Jika diajar bercakap Timneh African Grey akan bercakap lebih awal dari Congo African Grey yang akan mula bercakap pada usia 2-3 tahun.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan