Sabtu, 7 November 2015

Electus Parrot(Versi Bahasa Melayu/BM)

Eclectus Parrot atau dikenali dalam Bahasa Malaysia sebagai Burung Kakaktua Eclectus.Burung Electus adalah dari spesies (Eclectus Roratus) berasal dari Kepulauan Solomon (Solomon Island),Sumba,New Guinea dan Pulau-Pulau berdekatan,Timur Australia dan Pulau Maluku(Maluku Island juga dikenali sebagai Moluccas).Ia mempunyai perbezaan yang ketara untuk Eclectus jantan dan betina.Eclectus jantan mempunyai bulu yang berwarna hijau Zamrud manakala Eclectus betina berwarna merah terang dan biru keungu unguan.

Di dalam buku Parrots of The World mengatakan.Ahli Ornithologi(pengkaji/saintis burung)Eropah menyangka Electus jantan dan Betina dari spesies yang berlainan kerana warnanya yang tidak serupa.Burung ini mempunyai populasi yang besar.Ianya terlalu besar sehingga ia menjadi haiwan perosak di beberapa kawasan dan selalunya ditembak atau diperangkap burung ini untuk dibunuh.Tetapi di Malaysia burung ini menjadi haiwan belaan untuk golongan peminat burung.Ia juga menjadi hiasan oleh orang asli di New Guinea kerana bulunya yang cantik.





Apabila membiak,burung jantan akan bergaduh dengan jantan yang lain untuk mempertahankan betina pilihannya.Kadang-kadang ia membawa maut.Telur burung ini akan menetas dalam jangka masa 28-30 hari di dalam inkubator.Burung ini mempunyai suatu sifat yang pelik iaitu akan merendamkan salah seekor anaknya jika mereka mendapat anak yang seekor jantan dan seekor betina.Ia akan merendamkan anaknya dalam air hujan(jika di hutan) atau bekas minuman berisi air(jika dalam jagaan
manusia).Selalunya anak yang direndam adalah anak jantan







     

Tiada ulasan:

Catat Ulasan