Khamis, 30 Jun 2016

Sejarah Bola Sepak di Malaysia


Tahukah anda dari manakah asal usul permainan bola sepak ini? Terdapat pelbagai versi yang kita pernah dengar seperti dari negara China, berdasarkan lukisan yang dijumpai di Tiongkok. Ada pula yang menyatakan ia berasal dari Amerika Selatan iaitu oleh tamadun Maya berdasarkan rekod dan ukiran di piramid mereka. Ada pula menyatakan dari Tanah Arab iaitu selepas terjadinya Peristiwa Karbala yang mana Sayidina Huseein r.a., cucu Rasulullah SAW telah syahid dipenggal kepalanya.

Walau dari mana pun bola sepak bermula ianya tetap menjadi permainan yang popular sejak berzaman lagi.Ianya menjadi sukan rasmi selepas penubuhan FIFA iaitu singkatan kepada nama perancis Fédération Internationale de Football Association pada 21 Mei 1904 dan ibu pejabatnya terletak di Zurich,Switzerland.


                                         


Sejarah bola sepak di Malaysia bermula dengan penubuhan FAM dan Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia sekarang dikenali sebagai Harimau Malaysia di Kuala Lumpur pada tahun 1920 dengan pimpinan Andrew Caldecott, gabenor Hong Kong pada tahun 1935 - 1937. 








Liga Malaysia
Liga Malaysia merupakan satu kejohanan bola sepak di Malaysia dan ia juga selalunya diringkaskan sebagai Liga M. Penyelenggaraan Liga Malaysia dikelolakan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia. Bola sepak telah bermula di Malaysia seawal tahun 1920 dengan teranjurnya Piala HMS Malaya (iaitu nama asal bagi Piala Malaysia).
Ketika ini Liga Malaysia merangkumi kejohanan yang berbentuk liga dan piala. Semenjak pertama kali diadakan iaitu 1921 hingga 1988 kejohanan bola sepak di Malaysia dijalankan secara amatur.
Pada tahun 1989 Liga Malaysia telah mengorak langkah ke arah yang lebih baik setelah diperkenalkan liga bertaraf separuh profesional. Mulai musim 1993 Liga Malaysia telah memasuki era profesional sepenuhnya.

Piala HMS Malaya/Piala Malaysia
Piala Malaysia merupakan satu kejohanan bola sepak yang berprestij di negara Malaysia dan antara kejohanan yang tertua di rantau Asia. Ia dipertandingkan pada setiap tahun mengikut format yang ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (F.A.M.) dan perlawanan akhir Piala Malaysia akan menutup tirai musim tahunan bola sepak negara. Piala Malaysia bermula pada tahun 1921 pada ketika itu Piala Malaya yang merupakan kejohanan bola sepak antara negeri-negeri yang membentuk Tanah Melayu. Kini setelah mencecah 95 tahun, Piala Malaysia masih lagi menjadi rebutan pasukan-pasukan bola sepak tanah air.
Sejarah Piala Malaysia bermula dengan Piala Malaya yang dipertandingkan pada awal 1920-an dimana kejohanan tersebut disertai oleh negeri-negeri di Tanah Melayu. Ketika itu perlawanan akhir melibatkan juara utara dan juara selatan yang melalui kejohanan dibahagian masing-masing. Pada tahun 1933, Piala Malaya telah ditukar nama kepada Piala HMS Malaya yang diambil sempena nama kapal perang HMS Malaya. Pegawai memerintah kapal tersebut ketika itu kapten Ion Beauchamp Butler telah menyumbangkan sebuah piala dan seterusnya menamakan ia Piala HMS Malaya. Perang dunia kedua memaksa pertandingan ini diberhentikan dari 1942 hingga 1947 dan Piala HMS Malaya dimulakan semula pada 1948.Pada tahun 1967, piala tersebut telah digantikan dengan piala yang baru iaitu Piala Malaysia. 
Tidak lama kemudian, pasukan dari Borneo iaitu Sabah, Sarawak dan Brunei mula menyertai Piala Malaysia. Bermula tahun 1982, satu liga kejohanan diperkenalkan bagi menentukan siapa layak keperlawanan akhir. Ia akan dipertandingkan selepas liga bola sepak Malaysia tamat dan hanya pasukan yang menunjukkan pencapaian terbaik dalam liga sahaja layak bertanding untuk Piala Malaysia. Namun pada tahun 1995, Singapura tidak lagi beraksi pada Liga Malaysia dan sekaligus tidak beraksi pada Piala Malaysia. Ini kerana Persatuan Bolasepak Singapura menghadapi masalah dengan Persatuan Bolasepak Malaysia dan akhirnya menarik diri dalam dunia bola sepak Malaysia. Namun sebelum berundur, Singapura sempat menjuarai Piala Malaysia 1994 buat kali terakhir.Tetapi pada tahun 2011 wakil singapura Lionsxii kembali ke Liga Super tetapi atas masalah yang sama Lionsxii akhirnya menarik diri dalam dunia bola sepak Malaysia pada tahun 2015.
Pada tahun 1999, bilangan pasukan yang memasuki Piala Malaysia bertambah sebanyak 12 pasukan. Setahun selepas itu, bilangan pasukan meningkat kepada 16 pasukan dan buat pertama kalinya pasukan berstatus kelab berjaya menyertai Piala Malaysia iaitu Johor Darul Ta'azim FC atau JDT. Pasukan pertama menjuarai Piala Malaya adalah Singapura dan pasukan pertama yang menjuarai Piala HMS Malaya juga pasukan Singapura manakala juara pertama Piala Malaysia adalah pasukan Perak FA MPPJ Selangor adalah pasukan pertama kelab yang menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2003. Selangor merupakan pasukan yang mempunyai pencapaian paling tinggi dalam kancah Piala Malaysia dengan memenangi sebanyak 34 gelaran dan 15 kali naib juara.Juara terbaru Piala Malaysia adalah Selangor juga selepas menewaskan Kedah 2-0 dan merupakan piala yang ke-34 bagi mereka.

Piala Emas Raja-raja
Piala Emas Raja-Raja telah mula dipertandingkan pada tahun 1926 hingga 1946 yang pada awalnya dikendalikan oleh Persatuan Agri-Hortikultural Malaya (MAHA), selepas itu ditaja oleh Puncak Niaga pada tahun 2009-2010, dan ditaja oleh syarikat Indonesia, Bank Mandiri, pada tahun 2011-2012. 
Piala Emas Raja-Raja ini telah dihadiahkan oleh kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak, Al-Marhum Sultan Alang Iskandar Shah Kudusullah, Kebawah Duli Yang maha Mulia Sultan Selangor, Al-Marhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah Atikullah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Al-Marhum Sultan Abdullah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhammad.
Mulai tahun 1947, kejohanan Piala Emas Raja-Raja ini telah dianjurkan oleh Persekutuan Bolasepak Melayu Semenanjung. Kini, nama Persekutuan Bolasepak Melayu Semenanjung telah ditukar kepada nama baru iaitu Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia.

Pestabola Merdeka
Pestabola Merdeka adalah kejohanan bola sepak Asia tertua yang dijemput negara-negara bermain bola sepak untuk bersaing sejak 1957. Walaupun kejohanan itu telah diadakan setiap tahun 1957 hingga 1988, ia telah diadakan hanya sembilan kali dari 1989 hingga 2013. Semasa 1950-an dan awal 1980-an, ia merupakan satu kejohanan berprestij di kalangan negara-negara Asia kerana para peserta menghantar pemain skuad utama mereka. Selepas tahun 1980-an, ianya kekurangan minat kerana banyak negara Asia lebih memberi tumpuan kepada fasa kelayakan dalam Piala Asia.
Edisi pertama Pestabola Merdeka telah diadakan pada bulan Ogos dan September 1957 dengan Hong Kong menjuarai kejuaraan sulung. Walau bagaimanapun, selepas itu ia adalah semata-mata dikuasai oleh Malaysia, Korea Selatan, Myanmar, Indonesia dan pelbagai negara-negara lain, termasuk Amerika Selatan dan kelab-kelab Eropah.
Malaysia telah menjulang trofi kemenangan sebanyak sembilan kali sejak 1958, muncul naib juara lapan kali, dan berkongsi juara dua kali dengan Korea Selatan pada (1960 dan 1979), manakala Korea Selatan memenangi tujuh kali. Indonesia, Taiwan dan Myanmar juga telah memenangi kejuaraan.
Juara lain adalah pasukan Olimpik Czechoslovakia (1987), SK Admira Wacker (1991), Argentina XI (1983), Hamburger SV (1988), Maghribi (1980), New Zealand (2000),Santa Catarina XI (1982) dan Uzbekistan (2001). Kelab Brazil - Sao Paulo XI, Minas Gerais XI, dan America Football Club (RJ) muncul naib juara bersama-sama dengan Jepun dan India dalam sejarah 56 tahun kejohanan itu.

Piala Sumbangsih
Piala Sumbangsih atau dikenali juga sebagai Piala Sultan Haji Ahmad Shah, merupakan perlawanan pembuka tirai bagi dalam musim Liga Malaysia.

 Perlawanan ini pertama kali diperkenalkan pada Liga Malaysia musim 1985, walaupun perlawanan diadakan pada 31 Disember 1984. Juara Piala Malaysia 1984 (Selangor) bertarung dengan Pahang, naib juara Piala Liga 1984 (Selangor juga juara Liga '84). Sehingga musim 1992, juara Piala Malaysia (PM) akan bertemu dengan juara/naib juara Liga Malaysia. Format telah ditukar pada musim 1993, dimana juara PM akan berebut Piala Sumbangsih dengan juara piala FA pula (atau naib juara FA, jika pemenang PM juga adalah juara FA).
Bermula musim Liga Malaysia 2011, format Piala Sumbangsih kembali ditukar. Juara Piala Malaysia pada musim lepas akan menentang Juara Liga Super Malaysia pada perlawanan pertama musim ini.
Piala Presiden Malaysia
Piala Presiden Malaysia adalah sebuah persaingan bola sepak amatur di Malaysia untuk pemain di bawah-21. Sejak awal, pada tahun 1985, Piala Presiden telah menjadi kejohanan yang besar untuk pemain di bawah-21 dan bawah 23. 


Pada tahun 2009, format pertandingan telah diubah dengan hanya pemain di bawah-20 yang layak untuk diisi untuk kejohanan. Pada tahun 2015 format pertandingan itu kembali kepada format asal dengan pemain bawah 21 dan tiga pemain umur ke atas layak untuk bermain.Tetapi piala kejohanan ini berbeza dari piala kejohanan lain kerana piala untuk Piala Presiden Malaysia diperbuat dari kayu yang dipahat.

Liga FAM Malaysia

Liga FAM Malaysia (sebelum ini dikenali dengan nama Piala FAM Malaysia) merupakan liga bola sepak tahap ketiga di Malaysia. 

Kejohanan ini berformat piala sebelum ditukar ke format liga pada tahun 2008.Liga ini pertama kali diadakan pada tahun 1952. 


Liga Super Malaysia

Liga Super Malaysia merupakan pertandingan bola sepak tahap tertinggi di Malaysia. Ia menggantikan Liga-M sebagai divisyen tertinggi suatu masa dahulu.
Liga Super mula diperkenalkan pada tahun 2004, yang merupakan kesinambungan kepada liga sebelumnya yang bermula semenjak 1982. Sebenarnya pertandingan liga agak lewat bermula di Malaysia, walaupun bola sepak telah lama bertapak di Malaysia iaitu semenjak lahirnya kejohanan Piala Malaysia pada 1921/12 pasukanakan berentap di dalam liga ini. Dua pasukan terbawah biasanya akan disingkirkan ke Liga Perdana Malaysia. Pada tahun 2015, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah memutuskan untuk menswastakan liga ini dan mencipta MSL Sendirian Berhad (atau MSL Proprietary Limited) untuk melihat aspek pemasaran permainan ini.
Liga ini pernah menggunakan 8 pasukan yang mana setiap pasukan akan bermain tiga pusingan (21 perlawanan). Dua pusingan yang pertama dimainkan berdasarkan format tuan rumah dan pelawat manakala pusingan ketiga akan dihoskan oleh stadium yang mempunyai bilangan penonton yang lebih besar berdasarkan dua pusingan terawal.
Bermula Liga Super Malaysia 2009, liga ini mempunyai 14 pasukan yang menyaksikan format tuan rumah dan pelawat sahaja digunakan (26 perlawanan). Selain itu, setiap pasukan juga tidak dibenarkan memiliki pemain asing.Dan punca kejatuhan pasukan Kedah FA yang menjadi juara Treble dua kali pada tahun sebelum itu atau digelar Double Treble
Walaubagaimanapun, pada Liga Super Malaysia 2012 FAM telah memutuskan untuk membuka kembali peluang untuk menggunakan 4 pemain import dengan 1 daripadanya adalah kuota pemain dari negara Asia.Tetapi sekali lagi ditukar pada tahun 2014 dimana hanya 4 pemain import dibenarkan dalam satu pasukan.
Semenjak diasaskan pada 2004, lapan pasukan telah menjuarai Liga Super Malaysia dengan Pahang menjadi juara yang pertama. Kedah menjadi pasukan pertama yang menjuarai liga untuk dua musim berturut-turut (2007-2008) diikuti oleh pasukan Selangor (2009-2010), Kelantan (2011-2012) dan terbaru pasukan Johor Darul Ta'zim(2014-2015).Dan juara tahun ini saya rasa Felda United.

Liga Malaysia telah bermula sejak tahun 1982. Liga pada masa itu digunakan sebagai peringkat kelayakan ke Piala Malaysia. Sejak itu, kejohanan liga menjadi salah satu pertandingan terpenting dalam kalendar bola sepak Malaysia. Pada awalnya hanya pasukan negeri, Angkatan Tentera Malaysia, Polis DiRaja Malaysia dan pasukan jemputan seperti Singapura dan Brunei menyertai Liga Malaysia. Apabila pertandingan secara professional diperkenalkan pada 1996, pasukan kelab mula menyertai Liga Malaysia.
Pada tahun 1989 hingga 1993, Liga Malaysia dikenali sebagai Liga Semi-pro Malaysia. Pada tahun 1994 hingga 2003, nama Liga Semi-pro ditukar kepada Liga M.Semenjak liga diasaskan pada 1982, nama bagi Liga Malaysia sering diubah mengikut format pertandingan.

Jumlah pasukan juga sering berubah-ubah. Pada 2004, perubahan drastik dilakukan oleh FAM dengan membenarkan hanya 8 pasukan bertanding di Liga Super. Manakala 16 lagi pasukan bersaing di Liga Perdana yang dibahagikan kepada dua kumpulan. Selepas tiga musim FAM sekali lagi mengubah jumlah pasukan kepada 13 pasukan. Pada musim 2008, FIFA mengkritik format liga yang digunakan FAM. FAM menerima kritikan tersebut dan mereka menambah jumlah pasukan kepada 14 pasukan.Bermula tahun 2013,jumlah pasukan kembali dikurangkan kepada 12 pasukan di mana sistem perlawanan play off diperkenalkan.
=

Liga Perdana Malaysia

Liga Perdana merupakan pertandingan bola sepak tahap kedua dalam Liga Malaysia, selepas Liga Super.
Liga Perdana mula diperkenalkan pada tahun 1989, yang merupakan kesinambungan kepada liga sebelumnya yang bermula semenjak 1982. Sebenarnya pertandingan liga agak lewat bermula di Malaysia, walaupun bola sepak telah lama bertapak di Malaysia semenjak lahirnya kejohanan Piala Malaysia pada 1921.
Sejak diasaskan pada 1989, pasukan Kedah mengungguli kejuaraan liga apabila berjaya memenangi gelaran liga sebanyak 3 kali diikuti Selangor dan Terengganusebanyak dua kali. PKNS FC dari Selangor merupakan Juara Liga Perdana tahun 2011.




Kejayaan-kejayaan Pasukan Kebangsaan dan 

pasukan kelab/negeri di dalam Malaysia


-Kedah menjadi pasukan pertama di Malaysia menjuarai semua piala dan liga dua kali di Malaysia pada tahun 2007/08.


-Kedah menjadi pasukan pertama menentang Brazil di Malaysia pada tahun 2009

-Johor Darul Ta'azim FC/JDT menjadi juara AFC Cup 2015.


-Selangor pemegang gelaran juara terbanyak dalam Piala FA dengan 5x juara.




-Selangor juga pemegang rekod juara terbanyak dalam Piala Malaysia dengan 33x



-Kali pertama Malaysia layak ke Olimpik pada tahun 1980 dengan kemenangan 2-1 keatas Korea Selatan.




-Malaysia kali pertama juara AFF Suzuki Cup 2010


1 ulasan: